Thursday, July 1, 2010

Tanda Orang Mendapat Taufik, Dihina Allah dan Orang Solihin

Syeikh Ibnu Atho�illah dalam kitabnya "Al-Hikam" menjelaskan terdapat tiga tanda yang menunjukkan seseorang itu mendapat taufik dari Allah, seperti berikut:

  1. Seseorang itu mudah mengerjakan amal kebaikan sedangkan ia tidak ada niat melakukannya;
  2. Seseorang yang berusaha untuk berbuat maksiat tetapi selalu terhindar dari melakukannya; dan
  3. Seseorang itu selalu terfikir bergantung dan berhajat kepada Allah Taala.

Sebaliknya, dalam kitab yang sama, beliau menjelaskan ada tiga tanda bagi orang yang dihina (tidak berpegang kepada ajaran Islam) oleh Allah iaitu:

  1. Seseorang itu sukar melakukan ibadat atau taat kepada Allah sedangkan ia telah cuba bersungguh-sungguh;
  2. Seseorang itu mudah terjerumus ke dalam maksiat sedangkan ia sentiasa berusaha menghindari; dan
  3. Tertutup pintu untuk berhajat kepada pertolongan Allah sehingga merasa tidak perlu berdoa kepada Allah dalam semua hal.

Syeikh Ibnu Atho�illah memetik kata-kata Ibrahim bin Adham yang menerangkan mengenai halangan seseorang itu mencapai darjat solihin, iaitu seseorang itu tidak akan mencapai darjat solihin sehingga mereka melalui enam rintangan berikut;

  1. Menutup pintu kemuliaan sebaliknya membuka pintu keimanan, yang bermaksud jangan diutamakan kemuliaan zahir dan tidak menjadi seorang yang bangga diri;
  2. Menutup pintu nikmat sebaliknya membuka pintu kesukaran, yang bermaksud sentiasa berwaspada dengan nikmat yang berlebihan;
  3. Menutup pintu istirahat dan membuka pintu perjuangan, yang bermaksud tidak terlalu banyak berehat tetapi memperbanyakkan amal;
  4. Menutup pintu tidur sebalinya membuka pintu jaga, yang bermaksud mengurangkan tidur untuk beribadat kepada Allah di waktu malam:
  5. Menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, yang bermaksud kekayaan tidak mengubahnya menjadi sombong; dan
  6. Menutup pintu harapan sebaliknya membuka pintu bersiap menghadapi maut, yang bermaksud sentiasa ingat akan mati.
Dicopy paste dari http://www.alhusna.info/v2/mimbar/m008.htm

1 comment:

ruby said...

thanks for sharing... ;)