Tuesday, February 2, 2010

Solat Sunat Wuduk

Solat Sunat Wuduk adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan selepas mengerjakan wuduk. Ia juga dikenali sebagai solat syukur wuduk.

Solat Sunat Wuduk merupakan solat sunat sebanyak dua rakaat yang dilakukan setiap kali seseorang itu selesai mengambil wuduk. Tidak ada waktu yang ditetapkan, samaada pagi, petang, siang ataupun malam.

Sembahyang sunat ini juga tergolong kepada sembahyang sunat muqayyad iaitu sembahyang yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat Wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu terlarang untuk melakukan sembahyang sunat.

Solat ini berdasarkan hadith oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.

“Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal ketika solat Subuh : Wahai Bilal, ceritakan kepadaku dengan amalan paling baik engkau lakukan disisimu dalam Islam, Sesungguhnya aku mendengar bunyi hentakan seliparmu di hadapanku dalam Syurga. Jawab Bilal : Aku tidak melakukan sebarang amalan yang paling aku harapkan disisiku, aku tidak bersuci (berwuduk) pada satu-satu masa waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wuduk tersebut, dengan apa yang tidak diwajibkan bagiku untuk solat”

No comments: