Tuesday, December 15, 2009

Sebab, Kesan Dan Cara Atasi Sombong

SEBAB – SEBAB SOMBONG itu dimiliki seseorang apabila:

i. Memiliki kuasa sama ada kuasa besar ataupun kecil.
ii. Mempunyai pengetahuan sama ada dunia atau akhirat.
iii. Mempunyai harta kekayaan
iv. Mempunyai kegagahan iaitu kekuatan fizikal atau kepandaian dalam ilmu
v. Keturunan. Ada sombong kerana keturunan bangsawan , keturunan ulama dll.
vi. Berwajah tampan, cantik, disayangi oleh bos, dll.
vii. Bukan sebab diatas tapi mungkin dia seorang miskin, jahil, cacat, lemah sedangkan dia tetap sombong.

KESAN SIFAT SOMBONG ke atas seseorang itu:

(a) Orang benci kepadanya. Fitrah semulajadi manusia tidak suka kepada orang yang bersifat sombong.
Mudah marah di mana kebiasaannya kemarahan akan berakhir dengan perbalahan.
(b) Bila wujud sifat sombong akan lahir pula penyakit mudah berdendam, hasad dengki dan mudah bertindak balas di atas kesilapan orang lain.
(c) Kesombongan sangat membahayakan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya. Lantaran itu Allah sangat murka dan tempatkan mereka ini di neraka bersama Firaun, Namrud, Hamman dan lain-lain yang angkuh dan zalim.

CARA–CARA ATASI KESOMBONGAN:

Memandangkan betapa bahayanya penyakit hati ini maka usaha–usaha mesti di buat untuk membendungnya. Beberapa panduan dan kaedah bagi mengikis buang dan mengubatinya :

(a)Ada ilmu tentang sifat-sifat mazmumah – Perlunya ilmu kerana ia merupakan sifat batiniah payah di kesan tetapi mudah di kesan orang lain.
(b) Bawa berfikir tentang kejadian manusia – Sedarkan bahawa kejadian manusia adalah sama. Yakni daripada tanah dan mati kembali ketanah semula. Walaubagaimana hebat sekalipun orang itu, kejadian sama dengan orang lain.
(c) Fikirkan dan sedarkan hati kita bahawa kejadian manusia yang kedua adalah daripada air mani – Ertinya kejadian manusia itu tiada bezanya antara satu dengan yang lain samaada kaya, berilmu, pembesar dll.
(d) Melihat respon orang lain terhadap kita – Dalam pergaulan hidup dapat kesan respon orang lain kepada kita.
(e) Ambil iktibar daripada pengalaman hidup – Apabila ada kelebihan, keistimewaan dan kehebatan bolehkah kita bersikap sombong? Apakah kita berkuasa mengelakkan diri daripada sakit? Apakah kita mampu melawan kuasa tentera Allah? Apakah kita mampu melawan kematian? Jawabnya tentu tidak. Kalau begitu kenapa kita merasakan diri kita lebih dari lain.
(f) Ingat azab Allah untuk sombong – Ingat dihati bahawa sifat sombong sangat dimurkai Allah. Akibatnya kita dicampakkan ke neraka yang panas apinya 70 kali ganda api dunia dan dalamnya 70 ribu tahun perjalanannya baru sampai ke dasarnya.
(g) Ingatlah neraka yang keseluruhannya api- diatasnya, dibawahnya, dikanan kirinya adalah api yang memakan dan menghanguskan daging-daging dan tulang belulang manusia. Kemudian di ganti dengan tubuh yang baru dan diseksa lagi. Begitulah berulang-rulang sepanjang masa.
(h) Walhal di waktu kita dibelenggu kaki dan tangan serta dicemeti berterusan oleh malaikat Zabaniah, bau neraka yang busuk tak dapat digambarkan. Kalau ditakdirkan bau itu dicium penduduk dunia akan matilah semua lantaran busuknya.

Perkara di atas perlu difikirkan dan direnungkan dan diingatkan selalu dalam hati agar tidak lupa. Kesannya diharap akan menakutkan untuk kita bersikap sombong atau ego. Harapan kita moga-moga Allah sentiasa memimpin kita agar menjadi hamba yang merendah diri.

Petikan dari tazkirah Apa Itu Kibir oleh Tn Haji Mohd Sanusi Ismail

No comments: