Tuesday, November 17, 2009

Nilai Persahabatan

Nilai Persahabatan

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.

Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

Dicopy dan paste dari http://www.rileks.info/coollist/2009/03/nilai-persahabatan/

Tuesday, November 3, 2009

Mizuno Wave Run

What : Mizuno Wave Run 2009
When : 25th October 2009
Where : Stadium UPM, Kuala Lumpur
Distance : 10.9km according to YS Lee GPS kok!
Medal : 1st 500

Men Open Result :
41.13 - Paul Sharpe from UK (4th)
43.19 - Jasni Khairil (8th)
47.08 - Ronnie See, Pm1 (19th)
47.16 - Stanley Cheong, Pm53 (20th)
48.36 - Kenny Tan, Pm27 (25th)

50.26 - Fauzan Ismail (39th)
50.56 - Hong Zishen, Pm60 (40th)
51.37 - Zulazlan Shah, Pm43 (50th)
51.56 - Suresh, Pm47 (56th)
52.30 - Lee Weng Khong, Pm35 (53rd)
53.40 - Ahmad Farid (00th)
53.50 - Gaby Chau (81th)
54.30 - Andrew Chan, Pm59 (94th)
54.54 - Tan Ay Peng (139th)
56.55 - Hasrul Sham, Pm34 (131st)

57.25 - Wong Kei Ming, Pm55 (416th)
58.00 - Teh Seong Yee (459th)
58.21 - Ryan Teoh (584th)
66.25 - Kennthe Teh, Pm20
79.16 - Cheang Meng Wai, Pm6

Men Junior Veteran :
46.23 - Alam Shah (10th)
49.00 - Daniel Tan, Pm3 (16th)

56.03 - Lee Yee Sum, Pm12 (52nd)
56.08 - Adam Loh (53rd)
56.17 - Loke Shu Sun (55th)
63.40 - Kelvin Ng, Pm2 (149th)


Men Senior Veteran :

58.16 - Tan Khee Meng, Sub Pm2 (27th)

Sunday, October 25, 2009

Klang Centro Community Run (Birthday Run)


zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Happy Birthday Comments
What : Klang Centro Community Run 2009
When : 11th October 2009
Where : Klang Centro
Distance : 5.7km according to GPS kok!

Men Open Result :
20.10 - Murni Nathan (4th)
20.39 - Casey Lim (5th)
21.45 - Naresh Kumar, Pm37 (9th)
22.33 - Jasni Khairil (11th)
22.37 - Ben Swee, Pm50 (14th)
23.20 - Hamidon Mat Aris (17th)
23.36 - Stanley Cheong, Pm53 (19th)
23.56 - Gunaselan, Pm39 (22nd)
23.59 - Meyappan Manickam, Pm56 (23rd)
24'55 - Chen Keat Hoong, Pm8
25.00 - Suresh, Pm47 (32nd)
25.02 - Ronnie See, Pm1 (38th)
25.40 - Zulazlan Shah, Pm43 (42nd)
26.33 - Tan Boon Seng, Pm16 (51st)
27.39 - Wong Kei Ming, Pm55 (75th)
27'59 - Ghejanthran (92nd)
28.26 - Ryan Teoh, Pm17 (101st)
29.41 - Hasrul Sham, Pm34 (143rd)
38.38 - Ruban Kumar
00'00 - Lee Yin Fook, Pm40

Men Veteran :
22.35 - Silahuddin (6th)
23.04 - Alam Shah (8th)
23.27 - Daniel Tan (10th)
24.50 - Tan Wah Seng (14th)
28.04 - Alden Yap, Pm15 (55th)
29.36 - Calvin Chan (83rd)
29.43 - Kelvin Ng, Pm2 (83rd)

Women Open :
20.09 - Georgina Beech (1st)
27.44 - Haslinda Dolah (3rd)
27.50 - Lee Yee Hua, Pm51 (5th)

Women Veteran :
26.49 - Susila Govindan (2nd)
39.36 - Hazaliza Mat Zean

Thursday, October 8, 2009

4th Malaysia International Ekiden Run 2009

What : 4th Malaysia International Ekiden Relay Marathon 2009
When : 04th October 2009
Where : Putrajaya
Time : 08:00am
Distance : 3km x 5 runners

Result for Mix Team : Official Result
56.32 - Der Pacemaker Network 1 (1st)
56.58 - Klang Pacers Athletic Club(2nd)
60.16 - Team MH [MAS] (3rd)
60.26 - Kakithon Plus (4th)
61.12 - Lightning Pacers (5th)

Result for Men Open Team : Unofficial Result
55.20 - ??? (1st)
55.50 - Der Pacemaker Network 2 (2nd)
00.00 - Der Pacemaker Network 3 (19th)

Der Pacemaker Network 1 (Mix Team)
- RonSee | Stanley Cheong | Casey Lim | Daniel Tan | Georgina Beech

Der Pacemaker Network 2 (Men Open)
- Tang Wern Tien | Hong Zishen | Syahidan | Chow Yew Wei | TS Chin

Der Pacemaker Network 3 (Men Open)
- Kelvin Ng | Datuk Yaziz | Adam Kok | Ryan Teoh | Kee Guan Chye

"AYAM WARRIORS" - Chap Ayam Runners wit Bangi Pacer
Tempat ke 5 keseluruhan Kategori Campuran
Salihuddin Salim, Haslinda Dollah CAR23, Alam Shah Ismail Ahmad (Ayahanda) CAR24, Abd Malek Abd Kadir, Hamidon Mat Aris CAR27

"AYAM WARRIORS" - Chap Ayam Runners wit Ayam Hutan
Tempat ke 8 keseluruhan kategori lelaki
Azlan Norul Anhar CAR31, Mohd Zuhari Amat Sadikin CAR32, Mohd Hamdi Baharuddin CAR20, Kamarul Faizal Tajaruddin CAR10, Mohd Fadzli Mohd Yusoff CAR33

"AYAM WARRIORS" - Chap Ayam Runners wit Ayam Serama
Tempat ke 15 keseluruhan kategori lelaki
Azhar Johari CAR6, Mohd Zaini Mansor CAR17, Ghejanthran CAR8, Mohd Zaki Mansor CAR16, Khairul Amran Abdul Aziz CAR14

"AYAM WARRIORS" - Chap Ayam Runners wit Ayam Kampung
Tempat ke 23 keseluruhan kategori lelaki
Dari kiri ke kanan..
Ahmad Farid Ellias CAR4, Hasrul Sham Saidi (PM34), Wong Ram Bo CAR7, Zulkipli Galeh CAR47, Mohd Fadhli Fadzil (Afad) CAR12

"AYAM WARRIORS" - Chap Ayam Runners wit Ayam Organik
Tempat ke 21 keseluruhan kategori lelaki
Abdul Rahman Mohamed CAR50, Ramlan Sulaiman CAR2, Norafandi Tamar CAR13, Samsudin Pardi CAR43
Borhan

"AYAM WARRIORS" - Chap Ayam Runners wit Ayam Pewai

Omar Khaliff Tajaruddin CAR15, Nur Azhar Azizi CAR55, Ahmad Hadafi Hj Jus CAR58, Rustam Affandi Zaihan CAR48, Mohd Zaki Amiruddin CAR5

"AYAM WARRIORS" - Chap Ayam Runners wit Ayam Fun Run

Mohd Faizal CAR63, Adam Ashraf CAR64, Abdul Talib Haron CAR49, Mohd Zahari Mansor CAR65,
Ahmad Daud Abdul Manan CAR45

"AYAM WARRIORS" - Chap Ayam Runners wit Ayam Karan

Tempat ke 53 keseluruhan kategori campuran
Rafidah Abdullah CAR30, Siti Sarah Rimasari Sulani CAR77, ,Mohd Hailmi Masro CAR1, Ateah CAR70
Suhailywati Ramli CAR54

"AYAM WARRIORS" - Chap Ayam Runners wit Ayam Dara

Tempat ke 8 keseluruhan kategori wanita
Norashikin Suboh, Farhanah Mohamad Khatib CAR40, Che Engku Nor Amiza CAR46 Irina Ramli CAR36
Hasfiza Ramley CAR37

Tuesday, September 8, 2009

Kelebihan Malam Lailatul Qadar

Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".

Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.
Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.
Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya. Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:
* Menghayati malam tersebut dengan ibadah
* Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
* Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita dipilih Allah menikmati malam yang sejahtera ini.

Dicopy paste dari http://azharazian.blogspot.com/

Saturday, August 22, 2009

Doa Bulan Ramadhan

Hari Pertama : "Ya Allah, jadikanlah puasa ku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malam ku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosa ku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Ke 2 : "Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ke 3 : “Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

Hari Ke 4 : “Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

Hari Ke 5 : “Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yangsentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisiMu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Mahapengasih daripada segala pengasih.”

Hari Ke 6 : “Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”

Hari Ke 7 : “Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”

Hari Ke 8 : “Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”

Hari Ke 9 : “Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.”

Hari Ke 10 : "Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.”


Hari Ke 11 : “Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.”

Hari Ke 12 : “Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.”

Hari Ke 13 : “Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.”

Hari Ke 14 : “Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.”

Hari Ke 15 : “Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.”

Hari Ke 16 : “Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.”

Hari Ke 17 :“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”

Hari Ke 18 : “Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”

Hari Ke 19 : “Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.”

Hari Ke 20 : “Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”


Hari Ke 21 : “Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”

Hari Ke 22 : "Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”

Hari Ke 23 : “Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”

Hari Ke 24 : “Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”
Hari Ke 25 : “Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”

Hari Ke 26 : “Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”

Hari Ke 27 : “Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”

Hari Ke 28 : “Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.”

Hari Ke 29 : “Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.”

Hari Ke 30 : “Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad SAW dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

Dicopy dan paste dari http://honey12276.blogspot.com